Tuesday, June 18, 2013
Tersenyumlah wahai hati yang bersedih
Saat kita menempuh onak duri dunia , derita kadangkala mencuit hati ..
Hati remuk menangis tak henti .. Kesedihan terus menerus bersemadi di dasar hati ..
Ketika itu sabar pun sudah tidak dikenali lagi .
Dalam terharu, airmata tertumpah juga .
Wahai hamba Ilahi .
Begitulah kehidupan dunia . Kita tak akan sesekali dapat menjangka apa yang Allah aturkan untuk kita . Adakalanya sangat gembira, dan adakalanya sangat kecewa .
Namun, jangan risau .
Allah itu Tuhan kita . Tuhan yang maha luas kasih sayangNya ..
Percayalah, Allah tak akan menduga hambaNya kecuali untuk melihat hambaNya
Tersenyum disana
Tertawa disana
Bahagia disana .
Ya! In Sha Allah , di Syurga .. yang mengalir dibawahnya sungai-sungai yang mendamaikan jiwa . Oh! Indahnya!!
Wahai hamba Allah
Jangan bersedih kerana anda telah melalui kesedihan itu kelmarin dan ia sekali tidak memberi sebarang manfaat pun pada keesokan harinya .
Kesedihan demi kesedihan.
Bakal membuat anda semakin terperuk didalam keputusasaaan dan dunia yang luas dirasakan sempit dan tidak lagi berguna . Padahal, dunia inilah kesempatan untuk kita dekatkan diri kepada Allah untuk kita raih syurgaNya yang tersangat indah serta bebas daripada kesedihan.
Gara-gara kesedihan . air yang manis terasa pahit, makanan yang lazat terasa hambar , bunga mawar yang mekar mewangi kembali layu .
Ingatlah tangisan terindah itu apabila terasa diri kita begitu kerdil disisi Allah dan begitu berdosanya diri kita disisi Allah ..
Wahai hamba Allah
Lihalah disekelilingmu dan teguhkan pendirianmu . Sepanjang hidup dan usiamu jangan mudah berputus asa, senyuman yang kamu berikan dan airmata yang kau titiskan , simpan . jadikan tauladan.
Segala yang kau pandang dan dengar , Simpan, jadikan pedoman
~Sekian~
Wallahu'alam Bissawab
Thursday, June 13, 2013
Padamu yang Allah pilih dalam hidupku
Padamu yang Allah pilihkan dalam hidupku..
Ingin ku beri tahu padamu..
Aku hidup dan besar dari keluarga bahagia..
Orang tua yang begitu sempurna..
Dengan cinta yang begitu membuncah..
Aku dibesarkan dengan limpahan kasih yang tak terhingga..
Maka, padamu ku katakan..
Saat Allah memilihmu dalam hidupku,
Maka saat itu Dia berharap, kau pun sanggup melimpahkan cinta padaku..
Memperlakukanku dengan sayang yang begitu indah..
Padamu yang Allah pilihkan untukku..
Ketahuilah, aku hanya wanita biasa dengan begitu banyak kekurangan dalam diriku,
Aku bukanlah wanita sempurna, seperti yang mungkin kau harapkan..
Maka, ketika Dia memilihmu untukku,
Maka saat itu, Dia ingin menyempurnakan kekuranganku dgn keberadaanmu.
Dan aku tahu, Kaupun bukanlah laki-laki yang sempurna..
Dan ku berharap ketidaksempurnaanku mampu menyempurnakan dirimu..
Kerana kelak kita akan satu..
Aibmu adalah aibku, dan indahmu adalah indahku,
Kau dan aku akan menjadi ‘kita’..
Padamu yang Allah tetapkan sebagai nahkodaku..
Ingatlah.. Aku adalah mahlukNya dari tulang rusuk yang paling bengkok..
Ada kalanya aku akan begitu membuatmu marah..
Maka, ketahuilah.. Saat itu Dia menghendaki kau menasihatiku dengan hikmah,
Sungguh hatiku tetaplah wanita yang lemah pada kelembutan..
Namun jangan kau cuba meluruskanku, kerana aku akan patah..
Tapi jangan pula membiarkanku begitu saja, kerana akan selamanya aku salah..
Namun tatap mataku, tersenyumlah..
Tenangkan aku dengan genggaman tanganmu..
Dan nasihati aku dengan bijak dan hikmah..
Nescaya, kau akan menemukanku tersungkur menangis di pangkuanmu..
Maka ketika itu, kau kembali memiliki hatiku..
Padamu yang Allah tetapkan sebagai atap hunianku..
Ketahuilah, ketika ijab atas namaku telah kau lontarkan..
Maka dimataku kau adalah yang terindah,
Kata2mu adalah titah untukku,
Selama tak bermaksiat pada Allah, akan ku penuhi semua perintahmu..
Maka kalau kau berkenan ku meminta..
Jadilah hunian yang indah, yang kokoh…
Yang mampu membuatku dan anak-anak kita nyaman dan aman di dalamnya..
Padamu yang Allah pilih menjadi penopang hidupku…
Dalam istana kecil kita akan hadir buah hati-buah hati kita..
Maka didiklah mereka menjadi generasi yang dirindukan syurga..
Yang di pundaknya akan diisi dgn amanah-amanah dakwah,
Yang roh dan jiwanya selalu merindukan jihad..
Yang darahnya mengalir darah syuhada..
Dan ku yakin dari tanganmu yang penuh berkah, kau mampu membentuk mereka..
Dengan hatimu yang penuh cinta, kau mampu merengkuh hati mereka..
Dan aku akan selalu jatuh cinta padamu..
Padamu yang Allah pilih sebagai imamku…
Ku memohon padamu.. Redha lah padaku,
Sungguh redha mu adalah Redha Ilahi Rabbi..
Mudahkanlah jalanku ke Surga-Nya..
Kerana bagiku kau adalah kunci Surgaku..
~Yang terindah untukmu yang Allah pilihkan dalam hidupku~
Wallahu’alam bissawab
Friday, June 7, 2013
Kerana Cinta, Agama Terabai
Zaman sekarang ni macam dah buat cinta ni adalah segala2nya. Saya tengok ramai yang bunuh diri sebab cinta, larikan diri sebab cinta, macam2 lagi lah berkenaan dengan cinta ni.
Apa yang hebat sangat tentang cinta ni? Kalau cintakan seseorang, mintak la nikah, apa susah. Ibu bapa tak bagi? Peduli apa, restu ibu bapa tidak wajib, wali hakim ade kalau bapa perempuan tu tak setuju.
Saya paham yang cinta ni memang fitrah manusia tapi kita ni, manusia, yang dijadikan sempurna dengan akal, kena la berfikir. Patah tumbuh hilang berganti bak kata orang ramai. Ramai lagi manusia yang boleh kita cinta, cuma kita je taksub, bertaut pada satu.. Kononnya la !
Ada akal kena la pikir mana baik mana buruk. Bunuh diri kerana cinta? Terang2 tu buruk, perbuatan terkutuk. Kalau secara logik akal berfikir, rugi la bunuh diri sebab tak boleh nak rasa cinta dengan orang lain.
Cinta terbaik? Cinta kerana Allah, tu yang penting. Terapkan kasih sayang kepada seseorang kerana Allah. Macam mana? Lelaki atau wanita tu beramal dengan ilmu agama yang dipelajari, kita suka dengan dia sebab dia beramal, tandanya kita suka kerana Allah.
Wallahu'alam
Sunday, January 13, 2013
Jauh Di Sudut Hati
Jauh di sudut hatiku, mahu saja aku menangis sekuat hati . Aku sedang bertarung dengan diri aku sendiri , ye! memang tak mudah ! Allah je yang tahu apa yang terbuku dihati aku ni. Aku masih berada didalam lautan kekurangan. Maafkan aku sebab kekadang aku khilaf, terlupa kearah mana yang patut aku tuju. Sebak hati tatkala aku terbayang bilakah waktu terakhirku, dimanakah tempat terakhirku, siapakah orang yang terakhir akan berada denganku, dengan cara apakah aku mengakhiri cerita hidupku ..
Wednesday, January 9, 2013
Hati Semua Berbeza
HATI !!... Sungguh istimewa, Allah ciptakan hati menjadi hak milik kita dan segala rahsia peribadi setiap di antara kita tersimpan di dalamnya. Tiada siapa yang akan mengetahuinya melainkan hanya Allah dan diri kita sendiri yang mengetahui akan isinya.
Namun tidak salah rasanya jika kita berkongsi apa yang terpendam dalam di dalam hati. Kalau cinta luahkan dengan indah, kalau marah lepaskanlah geramnya dan kalau lapar.... mencekiklah jawabnya...
Senyumlah teman... sedarlah dan bangkitlah tak kemana dengan "andaian" itu... kenalilah siapa mereka yang kita katakan itu... itu yang terbaik buat kita sebagai hambanya yang kerdil ini... Mudah sahaja untuk diberi contoh... tanya diri anda: BERAPA ORANG ADIK BERADIK ANDA? ADAKAH SETIAP MEREKA SAMA PERWATAKKANNYA? KEMUDIAN ADAKAH KITA TAHU ADAKAH HUJAN PADA HARI ESOK? Jadi fikir2kan.... tidak akan sama sifat diantara kita dan tiada apa yang dapat kita jangkakan apa yang akan terjadi pada kita dikemudian hari nanti....
Dalam kehidupan ini, adakalanya kita perlu menjadi pendengar, memerhati dan berbicara. Apapun yang kita dengar dan lihat, hakikatnya tidak semua butir perkara yang keluar dari mulut orang lain tidak semestinya kita jadikan sesuatu bayangan ngeri buat kita tetapi berfikirlah secara waras sebab itu Allah kurniakan kita akal untuk berfikir....
Kemungkinan yang kita dengari tidak menyenangkan kita, maka terimalah secara berlapang dada kerana kita manusia memang ada yang berbeza. Kalau titik perbezaan yang diperbesarkan, maka titik pertemuan dari Allah itulah yang kita pertikaikan dariNya.
Sesungguhnya, sebagai hambanya kita perlu bersyukur dengan apa yang kita miliki. Begitu juga dengan kehidupan, setiap apa yang dilalui, pandang, dengar dan lihat di dalamnya terkandung pelbagai pengetahuan. Andainya ia berkenaan pengalaman seseorang mahupun baik dan buruk jadikan pengajaran.... bukan akibat dari itu ianya di "andaikan" pada orang lain pula... apalah salah dia pada anda? tanya diri anda sendiri? letakkan diri anda, jika anda ditempatnya? bagaimana? adakah anda sekuat dan setabah hatinya? senyumlah duhai hati.... berlapang dadalah duhai hati....
Pengalaman membuatkan kita lebih mengerti tentang hakikat kehidupan di dunia ini. Kesedaran dan keinsafan akan lahir dengan sendirinya tanpa kita sedari apabila kita memandang dengan mata hati, dan berfikir dengan minda yang POSITIF.
Percakapan perlu dijaga dan usah diluahkan mengikut sesedap rasa. Hati2 kerana dibimbangi ada hati yang terluka kerana kita tidak tahu akan penderitaan dan kepedihan kehidupan seseorang yang kita sendiri tidak ketahui bagaimana dia melaluinya.
Ingatlah, ketawanya... senyumannya belum tentu melambangkan kegembiraan, senyuman menawan juga tidak menjamin ada kebahagiaan dan keceriaan yang diserlahkan... tetapi hatinya???...
Oleh itu, kita perlu mengenali dan memerhati serta berhati-hati kerana kita tidak mampu untuk menyelami apa yang tepahat di sanubari insan yang kita sendiri tidak cuba untuk mengenalinya....
Anda, saya dan kita semua.... hanyalah hambaNya.... manusia biasa. Kalau boleh kita mahu buatkan semua orang gembira tetapi ada kalanya kita kecundang. Walau bagaimanapun, sebagai manusia biasa alangkah baiknya jika kita membenci seseorang janganlah keterlaluan.... dan lebih baik kita bersihkan hati kita agar gembira dan bahagia terus dari hati kita yang tulus.
Moga kita tidak cepat berputus asa dalam melaksanakan amanah sebagai khalifah Allah di buka bumi ini. Kita sekadar mampu merancang dan berusaha tetapi segala yang berlaku adalah atas kehendak dan keizinan Allah jua..... Amin.
Subscribe to:
Posts (Atom)







