Sunday, November 9, 2014
Wahai En. Jodoh . Ini untuk awak .
Awak .
Ketika Allah mempertemukan kita, cintailah saya kerana DIA .
Jangan lah terlalu bahagia, sebab dalam pertemuan selalu ada perpisahan. Berbahagia lah sekadar saja. Berbahagialah dengan sederhana kerana dengan kesederhanaan awak, saya masih boleh menempatkan Allah dalam cinta kita.
Awak .
Sewaktu kita menjalani cinta, biarlah dengan ikhlas kerana saya tahu saya bukan yang sempurna. Jangan terlalu berharap kesempurnaan itu milik saya namun selagi saya mampu saya akan berikan yang terbaik untuk awak. Maaf jika banyak perkara yang tidak dapat saya penuhi, bukan kerana saya tidak mahu penuhi apa yang awak inginkan tapi ia kerana saya tak mahu menangis nanti bila saya tak boleh melakukannya. Hanya doa yang mampu saya kirimkan untuk menjaga awak meskipun dalam jarak yang jauh. Hanya cinta dan setia yang mampu saya limpahkan meskipun saya tahu awak takkan nampak. Penuhilah diri awak dengan rasa percaya dan sabar dengan hubungan ni agar kita tak mengingkari cinta yang dengan susah payah kita perjuangkan. Jalani kehendak Allah dengan sebaiknya kerana kita harus menghargai waktu yang DIA pinjamkan sejenak. Kelak kita akan merindukan masa2 ini sebab masa yang dianugerahkan kepada kita hanya sekali.
Awak .
Saya telah belajar cara menghargai diri awak kerana saya tidak mahu menyesal dikemudian hari kerana tidak sempat membahagiakan awak.
Awak .
Jika suatu hari nanti awak akan kehilangan saya, ketahuilah yang saya telah berdoa agar awak diberi kekuatan. Agar Allah menjadikan hati awak kuat agar awak boleh merelakan. Yang datang pasti akan pergi, itu adalah kepercayaan yang harus dengan ikhlas untuk kita terima. Jangan salahkan takdir jika ia buat awak bersedih kerana Allah Maha Adil. Jadikan apa yang terjadi dalam hidup awak sebagai kenangan terindah. Cukuplah itu sebagai penawar perih dan kekuatan buat saya yang awak mampu menjaga diri awak sendiri.
Awak . Tunjukkan wajah bahagia awak, tunjukkan wajah kekuatan awak. Ikhlaskan pemergian saya dan ketika saya pergi saat itu saya nak awak tahu yang saya sangat menyayangi awak . Saya pergi bukan kerana saya membenci awak, tapi anggap saja saya bukan jodoh terbaik untuk awak .
Sayang awak, MSI .
Insan yang Allah pilih untuk saya raikan di langit Syurga kelak . In Shaa Allah.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)








No comments:
Post a Comment